Peti Sejuk Farmasi
Peti sejuk farmasi dicipta khusus untuk melindungi semua produk perubatan, bioperubatan, dan farmaseutikal seperti vaksin, ubat titisan mata (Xalantan, chloramphenicol), ubat titisan telinga, insulin, dan produk biologi lain (darah, organ, pemindahan tisu, sel stem ). Kebanyakan ubat-ubatan sejuk dan ubat-ubatan farmaseutikal sensitif terhadap perubahan suhu dan perlu disimpan di dalam peti sejuk farmasi untuk memastikan kawalan suhu yang seragam, dengan aliran udara penyejuk yang kuat dari atas ke bawah. Suhu yang ideal untuk penyimpanan ubat-ubatan dan vaksin (termasuk vaksin Covid-19) adalah antara 2ᵒC hingga 8ᵒC seperti yang dinyatakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Peti sejuk farmasi ECOFRIJ mematuhi standard ISO 9001, ISO 13485, CE, dan diluluskan oleh Malaysia Medical Device Authority (MDA), menawarkan peti sejuk farmasi terbaik untuk melindungi semua ubat berharga anda, termasuk vaksin, produk darah dan sampel biologi.
Peti sejuk ECOFRIJ dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:
- Rekaan teknologi hijau dengan pemampat jenis inverter-penggunaan tenaga yang lebih rendah.
- Kawalan suhu atur yang cekap untuk mencapai suhu lebih segaram.
- Direka dengan lapisan penebat: 4th generation LBA foaming technology (Honeywell Solstice).
- Peti sejuk gred bioperubatan dengan suhu yang stabil dan seragam pada ±1.5ᵒC.
- Bunyi yang lebih senyap dengan rekaan kipas dalaman tertutup.
- Rekaan top cooling-membantu pembentukan dinding pengaliran udara sejuk apabila pintu dibuka.
- Rekaan bentuk saluran udara unik yang dapat memberikan ruang tambahan 10% ruang penyimpanan.
- Kondensor saluran mikro berkuasa tinggi -dapat mengelakkan pemampat daripada menjadi terlalu panas.
- Pintu anti-kondensi dengan fungsi tertutup secara automatik.
- Rak penyimpanan yang boleh dilaraskan.
- Didatangkan Bersama data logger dengan port USB.
- Bateri sandaran (backup) yang bertahan sehingga 24 jam.
Adakah anda mencari peti sejuk farmasi di Malaysia? Lihat koleksi peralatan makmal berkualiti dan inovatif kami, bahan pakai habis dan reagen.